Close

OnePlus 12 akan diperkenalkan secara global pada 24 Januari 2024

OnePlus telahpun menjadualkan acara pelancaran untuk OnePlus 12 pada 4 Disember 2023 yang akan berlangsung di China. Namun begitu, tarikh pelancaran global untuk OnePlus 12 masih lagi menjadi rahsia.

Terbaru, terdapat laporan mendedahkan yang OnePlus 12 akan dilancarkan secara global pada 24 Januari 2024. Menariknya, tarikh pelancaran global itu didedahkan melalui laman web rasmi OnePlus di Amerika Syarikat dan India melalui kempen giveaway yang sedang dilakukan bersempena dengan acara tersebut.

Lebih menarik, OnePlus dijangka akan turut memperkenalkan satu lagi peranti yang berkemungkinan adalah OnePlus 12R. Buat masa ini, tiada sebarang maklumat mengenai spesifikasi yang akan digunakan pada OnePlus 12R.

OnePlus 12 akan dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Gen 3 bersama dengan pengecasan pantas 100W. Menggunakan skrin LTPO OLED dari BOE dengan kecerahan puncak sehingga 2600 nits dan menjalankan sistem operasi OxygenOS 14 berasaskan Android 14.

Keupayaan kamera turut dipertingkat dengan sensor baharu dari Sony iaitu Lytia 808 yang dipadankan dengan penjenamaan Hasselblad. Keupayaan ini menjanjikan pengalaman fotografi yang lebih baik dari model sebelumnya

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN