Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dikatakan memantau semua akvitivi pempengaruh atau influencer yang hidup mewah melalui semua platform media sosial dan e-dagang.
Aktivit pemantauan tersebut dilakukan setiap hari menerusi unit khas iaitu Seksyen Audit Ekonomi Digital (SAED) yang berperanan memantau aktiviti pempengaruh dan usahawan digital yang hidup mewah tetapi lari dari tanggungjawab untuk membayar cukai.
Tayang kemewahan bukan satu kesalahan tetapi lari dari tanggunjawab untuk membayar cukai adalah satu kesalahan. Sekiranya terpilih untuk pemantauan, pempengaruh perlu mengemukakan bukti berkaitan aktiviti perniagaan mereka kepada LHDN.
Dalam masa yang sama, LHDN turut menyatakan yang orang ramai tidak perlu gusar atau takut dengan perlaksanaan ini. Selain itu, LHDN tidak akan mengganggu punca pendapatan dan tidak semberono dalam melaksanakan amanah yang diberikan.