Close

OPPO Reno11 Pro 5G dikesan melepasi SIRIM Malaysia

OPPO nampaknya sudah bersedia untuk melancarkan peranti baharu untuk pasaran tempatan selepas OPPO Reno11 Pro 5G dikesan melepasi pengesahan SIRIM Malaysia.

Melalui laporan tersebut, peranti dengan nombor model CPH2607 (OPPO Reno11 Pro 5G) dikesan telah didaftarkan di bawah JIE BUSSINES SDN BHD pada 27 November 2023. Tidak dapat dipastikan adakah OPPO akan menawarkan dua pilihan varian untuk siri OPPO Reno11 atau sebaliknya.

Siri OPPO Reno11 telahpun dilancarkan lebih awal di China dan dijangka akan memasuki pasaran global pada Disember ini. Jika mengikut spesifikasi di China, OPPO Reno11 Pro 5G dilengkapi dengan skrin 6.74-inci AMOLED, cip Snapdragon 8+ Gen 1, pengecasan pantas 80W dan menggunakan tetapan tri-kamera belakang.

Buat masa ini, OPPO Malaysia tidak mendedahkan sebarang maklumat mengenai tarikh pelancaran dan ketersediaan untuk pasaran tempatan. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan.

ARTIKEL BERKAITAN