OPPO secara rasmi berkongsi tarikh pelancaran untuk peranti mereka yang seterusnya iaitu siri Reno11 yang dijadualkan akan berlangsung pada 23 November ini di China.

Namun begitu, OPPO tidak mendedahkan sebarang maklumat mengenai spesifikasi yang akan digunakan pada siri Reno11. Menurut beberapa laporan, Reno11 Pro mungkin hadir dengan skrin OLED 120Hz, cip Snapdragon 8+ Gen 1, RAM LPDDR5X, storan UFS 3.1, bateri 4700mAh, pengecasan 80W dan kamera utama Sony LYT-700.

Manakala untuk Reno 11, ia dijangka hadir dengan cip Dimensity 8200, bateri 4800mAh, pengecasan 67W dan kamera utama Sony LYT-600. Siri Reno11 akan ditawarkan dalam 4 pilihan warna iaitu Moonstone, Turqoise, Obsidian Black dan Flourite blue.
Dengan pelancaran yang semakin hampir, kami menjangkakan lebih banyak maklumat akan dikongsi dari masa ke semasa.