Maybank melalui laman web rasmi menyatakan perkhidmatan perbankan mereka tidak boleh diakses pada Ahad, 19 November 2023 jam 3 pagi hingga 6 pagi.
Gangguan perkhidmatan tersebut disebabkan oleh proses penyelenggaraan sistem yang dilakukan oleh Maybank. Antara perkhidmatan yang terjejas adalah seperti Maybank2u (web dan aplikasi), aplikasi MAE dan Maybank2u Biz (web dan aplikasi).
Sehubungan dengan itu, Maybank menyarankan pengguna untuk melakukan transaksi lebih awal bagi mengelakkan masalah yang tidak diingini berlaku.
Dalam masa yang sama, Maybank menyatakan permohonan maaf atas kesulitan yang berlaku. Untuk maklumat lanjut atau sebarang bantuan boleh hubungi khidmat pelanggan Maybank melalui 1-300-88-6688 (Malaysia) atau +603-7844 3696 (luar negara)