Berita gembira buat pengguna KTM Komuter, anda kini boleh membayar dengan menggunakan kad debit di semua stesen Komuter di Lembah Klang dan juga kawasan Utara.

Namun begitu, terdapat beberapa perkara yang perlu dititikberatkan sebelum anda menggunakan pembayaran melalui kad debit. KTM Komuter buat masa ini hanya menyokong kad MyDebit yang dikeluarkan oleh Bank tempatan sahaja dengan fungsi PayWave telah diaktifkan. Bermaksud, KTM Komuter tidak menyokong kad kredit dan kad prabayar.

Kad debit perlu mempunyai baki minima sekurang-kurangnya RM30 untuk nilai pegangan sementara (Pre-Auth). Sekiranya, nilai pegangan smentara tidak dapat diperolehi kad debit akan disenarai hitam dan penumpang perlu membayar secara tunai di kaunter stesen. Namun, kad debit yang disenarai hitam boleh digunakan semula selepas semua tuntutan dijelaskan oleh pengguna.

Nilai pegangan sementara boleh dikenakan melebihi sekali dalam seharinya sekiranya nilai pengangan sementara kurang dari RM10. Pemulangan baki nilai pegangan sementara mengambil tempoh 1 hingga 3 hari.
Selain itu, caj penalti akan dikenakan sekiranya pengguna melakukan kesalahan seperti di bawah :

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai pembayaran kad debit di KTM Komuter boleh melayari laman web rasmi KTM Berhad.