iMessage adalah antara perkhidmatan permesejan yang popular dan menjadi sebab utama pengguna iPhone tidak bertukar kepada Android. Namun, perkara tersebut mungkin berubah selepas Nothing memperkenalkan Nothing Chats.
Bring on the blue bubbles.
— Nothing (@nothing) November 14, 2023
We believe in windows, not walls. If messaging services are dividing phone users, then we want to break those barriers down.
So… we've developed iMessage compatibility for your Phone (2). pic.twitter.com/kArTGfXlQO
Nothing Chats mempunyai keupayaan iMessage sekaligus membolehkan pengguna iPhone dan Android berkomunikasi melaluinya. Nothing Chats dibangunkan dengan kerjasama Sunbird dan akan tersedia kepada pengguna melalui Play Store bermula 17 November ini secara beta.

Untuk menggunakan Nothing Chats pengguna perlu log masuk melalui Apple ID sebelum boleh menggunakannya. Selain itu, ia turut menyokong beberapa fungsi lain seperti permesejan individu, voice note, perkongsian media pada resolusi penuh, sembang berkumpulan, live typing indicator dan sebagainya.

Walaubagaimanapun, Nothing Chats hanya tersedia untuk pengguna Nothing Phone (2) dan boleh digunakan di beberapa negara sahaja seperti Amerika Syarikat, Kanada, Eropah dan United Kingdom buat masa ini.