Benda percuma tidak selamanya akan percuma, itu mungkin gambaran yang sesuai selepas WhatsApp tidak lagi menawarkan backup atau sandaran secara percuma seperti sebelum ini.

Bermula 2024, setiap backup yang dilakukan oleh pengguna akan dikira dalam kuota akaun Goolge Drive. Bermaksud, selepas storan percuma 15GB Google Drive penuh, pengguna perlu membayar kuota tambahan secara langganan bulanan atau tahunan untuk melakukan backup.
Atau pengguna mempunyai pilihan untuk mengosongkan data dengan memadam fail untuk melakukan backup. Pengguna WhatsApp Beta bakal menjadi pengguna terawal terkesan dengan perlaksanaan ini bermula Disember 2023.
Laporan ini tidaklah mengejutkan, kerana pada tahun lalu telah ada laporan menyatakan yang WhatsApp tidak lagi menawarkan backup secara percuma.
Dengan penamatan backup percuma pada WhatsApp, pengguna nampaknya perlu melanggan Google One untuk menyimpan backup pada WhatsApp. Perubahan ini semestinya tidak disukai oleh pengguna WhatsApp. Namun begitu, pengguna masih mempunyai pelbagai pilihan untuk aplikasi permesejan.