realme Malaysia nampaknya sudah bersedia untuk memasuki tahun 2024 selepas menjadualkan acara pelancaran peranti baharu pada 4 Januari. Peranti yang akan dilancarkan adalah sebuah peranti kelas pertengahan iaitu realme C67.
realme C67 hadir dengan skrin IPS LCD bersaiz 6.72-inci yang turut menyokong paparan 90Hz dan kecerahan puncak 650 nits. Dijana dengan cip Snapdragon 685 yang dipadankan dengan 8GB RAM dan storan dalaman sehingga 256GB.
Untuk fotografi, realme C67 adalah siri C pertama yang akan dilengkapi dengan kamera utama 108MP + 2MP ultra lebar. Manakala untuk swafoto, ia hadir dengan sensor 8MP. Bateri 5000mAh dimuatkan yang menyokong pengecasan pantas 33W. Ditawarkan dengan 2 pilihan warna iaitu Black rock dan Sunny oasis.
Buat masa ini, hanya penawaran harga dan ketersediaan sahaja yang masih menjadi rahsia. Maklumat tersebut hanya akan diketahui pada acara pelancarannya kelak. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan.