Close

EV pertama Xiaomi diperkenalkan – Dua pilihan varian dengan jarak gerak 800 km

Xiaomi secara rasmi memperkenalkan EV pertama mereka iaitu SU7. EV pertama dari Xiaomi ini adalah sebuah sedan empat pintu dan ditawarkan dalam pilihan varian iaitu SU7 dan SU7 Max.

Xiaomi SU7 dilengkapi dengan motor tunggal yang mampu menghasilkan kuasa 294 hp dan 400 Nm. Boleh memecut dari 0 ke 100 km/j hanya dalam 5.28 saat sahaja. Kelajuan maksimum pada 210 km/j dengan jarak gerak sehingga 668 km.

Manakala untuk Xiaomi SU7 Max, ia dilengkapi dengan dwi-motor yang mampu menghasilkan kuasa 663 hp dan 838 Nm. Boleh memecut dari 0 ke 100 km/j hanya dalam masa 2.78 saat. Kelajuan maksimum pada 265 km/j dengan jarak gerak sehingga 800 km.

Xiaomi menyatakan yang rekaan SU7 ini dibangunkan oleh pereka-pereka terkemuka antaranya seperti pereka konsep BMW dan Mercedes. Selain itu, EV pertama Xiaomi ini adalah sebuah EV berpretasi tinggi dengan elemen premium setanding Porsche Taycan Turbo.

Xiaomi SU7 ini ditawarkan dalam 3 pilihan warna iaitu Aqua blue, Mineral grey dan Verdant green. EV pertama dari Xiaomi dijangka akan mula ditawarkan pada penghujung 2024.

ARTIKEL BERKAITAN