Close

Siri HONOR Magic6 dan Magic V2 RSR akan tiba secara global pada 25 Februari ini

HONOR secara rasmi mengesahkan akan melancarkan dua peranti baru di acara MWC yang akan berlangsung pada 25 Februari ini. Dua peranti tersebut adalah siri Magic6 dan Magic V2 RSR.

Terdapat perkataan ‘Discover the Magic’ pada poster acara tersebut, membayangkan HONOR mungkin akan membawakan sesuatu yang lebih menarik pada peranti mereka yang seterusnya.

Seperti sebelum ini, siri Magic6 akan turut ditawarkan dalam dua pilihan varian iaitu Magic6 dan Magic6 Pro. Siri Magic6 dijangka akan hadir dengan cip Snapdragon 8 Gen 3, 16GB RAM, storan 1TB dan kamera periskop 180MP.

Untuk Magic V2 RSR pula, ia adalah telefon lipat ‘special edition’ yang dihasilkan dengan kerjasama Porsche Design. Rekaan Magic V2 RSR diinspirasi daripada model popular Porsche iaitu 911. Malaysia antara pasaran terawal yang akan menerima Magic V2 RSR selepas diumumkan pada acara pelancaran Magic V2 pada 16 Januari. Namun begitu, harga jualanya masih lagi rahsia buat masa ini.

ARTIKEL BERKAITAN