Close

HONOR Magic V2 RSR Porsche Design akan tiba di Malaysia tidak lama lagi

HONOR Malaysia mengesahkan yang Magic V2 RSR ‘Special Edition’ akan ditawarkan untuk pasaran tempatan tidak lama lagi. Magic V2 RSR dihasilkan dengan kerjasama Porsche Design dengan rekaan yang diinspirasikan daripada Porsche 911.

Magic V2 RSR telahpun diperkenalkan lebih awal di China. Tampil dengan beberapa perubahan dari segi rekaan seperti panel belakang menggunakan binaan dari carbon fibre dan kamera belakang direka semula yang diinspirasikan dari model Porsche 911. Selain itu, ia turut mempunyai ketahanan skrin yang lebih baik berbanding model biasa.

Dari segi spesifikasi, tiada sebarang perubahan dijana cip Snapdragon 8 Gen 2, 16GB RAM LPDDR5X, storan dalaman 512GB, bateri 5000mAh dan pengecasan pantas 66W. Menggunakan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP OIS + 50MP ultra lebar + 20MP OIS telefoto.

Malangnya, HONOR Malaysia tidak mendedahkan sebarang maklumat mengenai ketersediaan dan harga jualan. Namun, ia mungkin akan tiba dalam beberapa bulan akan datang. Bagi yang berminat, HONOR telahpun membuka daftar melalui laman rasmi mereka. Peranti ini hanya boleh dibeli melalui jemputan sahaja.

ARTIKEL BERKAITAN