Close

Kerajaan perkenalkan program ‘AI untuk rakyat’ – Program percuma untuk asas kecerdasan buatan

Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim secara rasmi telah melancarkan program baharu iaitu “Ai untuk rakyat”. Program ini tersedia untuk semua rakyat dan ditawarkan secara percuma.

AI untuk rakyat adalah program pembelajaran kendiri dalam talian yang dibina untuk meningkatkan pemahaman dan kesedaran rakyat mengenai kecerdasan buatan. Program ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu AI Aware dan AI Appreciate.

Program ini terbuka untuk semua rakyat Malaysia dan tersedia dalam 4 pilihan bahasa iaitu Bahasa Melayu, Inggeris, Mandarin dan Tamil. Program ini boleh diselesaikan dalam tempoh masa 4 jam sekiranya dibuat secara terus menerus.

AI Untuk Rakyat merupakan salah satu inisiatif kerajaan dalam usaha untuk membina masyarakat yang celik IT seiring dengan sasaran kerajaan untuk menjadi negara yang berteraskan ekonomi digital menjelang 2030.

Bagi yang berminat untuk mengikuti program ini, anda boleh layari laman rasmi AI.gov.my hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN