Close

Apple kalahkan Samsung untuk jadi pengeluar telefon nombor satu dunia

Apple mencipta sejarah baharu selepas mengalahkan Samsung buat pertama kali sekaligus menjadi pengeluar telefon pintar nombor satu dunia untuk tahun 2023.

Menurut data yang dikeluarkan oleh IDC, Apple telah menghantar 234.6 juta iPhone untuk tahun 2023 iaitu bersamaan dengan 20.1% pegangan pasaran dunia. Sekaligus menjadikan Apple berada di kedudukan pertama.

Manakala Samsung berada di kedudukan kedua, dengan 226.6 juta unit untuk tahun 2023 iaitu bersamaan dengan 19.4% pegangan pasaran dunia. Seterusnya, tempat ketiga dan keempat di isi oleh Xiaomi dengan 145.9 juta unit dengan pegangan 12.5% dan OPPO dengan 103.1 juta unit dengan pegangan 8.8%.

Data tersebut turut memperlihatkan dua pengeluar mencatatkan penurunan yang ketara iaitu Samsung dengan 13.6% dan OPPO dengan 9.9%. Sementara Apple, tidak mencatatkan sebarang penurunan untuk tahun 2023.

Sebagai rekod, Samsung merupakan pengeluar telefon nombor satu dunia dalam tempoh 13 tahun sejak 2011. Kali terakhir Samsung berada di kedudukan kedua adalah pada 2010, ketika itu Nokia berada di tempat pertama dan Apple tiada dalam senarai 5 teratas.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN