Xiaomi nampaknya semakin serius dalam usaha untuk menjadi pengeluar kenderaan elektrik terbaik dunia selepas mendaftar tanda dagang baharu untuk segmen tersebut.
Menurut laporan, Xiaomi telah mendaftar dua tanda dagangan baharu di China iaitu Xiaomi Automobile Gigafactory dan Xiaomi EV Hyperfactory. Pendaftaran dua tanda dagangan tersebut mengambarkan yang Xiaomi mungkin akan mula menghasilkan pengeluaran EV berskala besar pada masa akan datang.
Selain itu, Xiaomi turut mendaftar beberapa tanda dagangan lain bagi produk dan bahan untuk EV iaitu Xiaomi Titan, Xiaomi Titan Alloy dan Xiaomi Super Motor. Sekaligus memberikan bayangan awal yang Xiaomi akan menghasilkan bahan aloi dan motor elektrik keluaran sendiri.

Xiaomi telahpun melancarkan EV pertama mereka iaitu Super Ultra 7 (SU7) pada Disember lalu. Merupakan sebuah sedan empat pintu dan ditawarkan dalam dua pilihan varian iaitu SU7 dan SU7 Max. Namun begitu, Xiaomi SU7 hanya ditawarkan untuk pasaran China sahaja dan harga jualannya masih lagi menjadi rahsia.
(Sumber)