Perodua dijangka akan memulakan pengeluaran EV mampu milik mereka pada penghujung 2025. Maklumat tersebut dikongsi oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri iaitu Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz.
Projek kenderaan elektrik Perodua.
— Tengku Zafrul 🇲🇾 (@tzafrul_aziz) January 17, 2024
Selaras dengan pelantikan syarikat Perodua untuk menerajui pengeluaran EV mampu milik di bawah NIMP2030, Perodua telah bekerjasama dengan sebuah syarikat automotif antarabangsa untuk menghasilkan prototaip EV berkenaan. Pengeluaran secara… pic.twitter.com/4TXor0oJoP
Menurut beliau, Perodua telahpun bekerjasama dengan syarikat automotif antarabangsa untuk menghasilkan prototaip EV tersebut dengaan pengeluarannya dijadualkan akan bermula pada penghujung tahun 2025.

Ketibaan EV dari Perodua ini dilihat selari dengan pelantikan syarikat tersebut sebagai peneraju pengeluaran EV mampu milik di bawah NIMP2030. Buat masa ini, tiada maklumat lanjut mengenai model dan harga jualannya.

Pada tahun lalu, Perodua telahpun memperlihatkan konsep rekaan EV pertama mereka di acara Malaysia Autoshow 2023. Menggunakan nama EMO (Electric Motion Online) tampil dengan rekaan seperti Myvi namun dimuatkan dengan elemen futuristik.