HONOR Malaysia secara rasmi memperkenalkan telefon lipat generasi ketiga mereka iaitu Magic V2 untuk pasaran tempatan. Merupakan telefon lipat paling nipis di pasaran ketika ini dan dijana dengan cip Snapdragon 8 Gen 2.
Magic V2 hadir dengan skrin utama 7.92-inci OLED LTPO dan skrin kedua bersaiz 6.43-inci OLED LTPO. Kedua-dua skrin menyokong paparan adaptif 120Hz, PWM Dimming 3840Hz dan kecerahan puncak 2600 nits. Peranti ini juga adalah telefon lipat pertama yang menyokong stylus pada kedua-dua skrin.
Dijana dengan cip Snapdragon 8 Gen 2 yang dipadankan dengan 16GB RAM LPDDR5X dan storan dalaman sehingga 512GB. Dimuatkan dengan bateri 5000mAh bersama pengecasan pantas 66W. Magic V2 hanya setebal 4.7 mm ketika dibuka dan 9.9 mm ketika ditutup dengan berat hanya sekitar 231 gram sahaja.
Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP OIS + 50MP ultra lebar + 20MP OIS telefoto. Keupayaan kamera ini menyokong sistem zum digital sehingga 40x. Manakala untuk swafoto, ia hadir dengan sensor 16MP yang dimuatkan pada skrin utama dan skrin kedua.
Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah seperi pengimbas cap jari pada butang kuasa, pembesar suara jenis stereo, IR Blaster, Bluetooh 5.3, NFC dan menjalankan MagicOS 7.2 yang berasaskan Android 13.
Di Malaysia, HONOR Magic V2 dijual pada harga RM6999 16GB + 512GB. Ditawarkan dalam 2 pilihan warna iaitu Purple dan Black. Bagi yang berminat, peranti ini boleh mula dibeli bermula 25 Januari 2024. Setiap pembelian akan menerima hadiah percuma bernilai RM2247.