Close

BYD Seal boleh dipra-tempah di Malaysia bermula 19 Januari ini

Jenama kenderaan elektrik popular dari China iaitu BYD dilihat sedia untuk menawarkan satu lagi model EV baharu untuk pasaran tempatan. Pada ketika ini, BYD telahpun menawarkan dua model untuk pasaran tempatan iaitu Atto 3 dan Dolphin.

Model baharu yang akan ditawarkan untuk pasaran tempatan adalah BYD Seal. Seiring ketibaan model tersebut, BYD melalui media sosial rasmi mereka telah membuka pra-tempahan bermula dari 19 Januari 2024.

Malangnya, tiada sebarang maklumat lanjut yang dikongsi mengenai penawaran harga, varian yang akan dilancarkan dan juga ketersediaan. Namun begitu, BYD Seal dijangka akan dijual pada harga sekitar RM200k bergantung pada varian. EV baharu dari BYD ini dijangka akan menjadi pesaing kepada Tesla Model 3 yang dijual pada harga sekitar RM189k.

BYD Seal telahpun dijual di beberapa pasaran luar seperti Thailand, Singapura dan New Zealand. Ditawarkan dalam 3 pilihan varian iaitu Dynamic standard range, Premium extended range dan Perfomance AWD.

ARTIKEL BERKAITAN