Close

Apple akan buang fungsi Blood Oxygen pada Watch Series 9 dan Watch Ultra 2

Apple akan membuang fungsi Blood Oxygen pada Apple Watch Series 9 dan Watch Ultra 2 bagi membolehkan model tersebut terus dijual di Amerika Syarikat.

Menurut laporan, Apple telah mula menghantar Watch Series 9 dan Watch Ultra 2 yang telah diubah suai tanpa fungsi Blood Oxygen kepada beberapa stor di Amerika Syarikat. Namun, tidak dapat dipastikan bila ia akan mula dijual. Walaubagaimanapun, fungsi tersebut masih tersedia untuk semua negara kecuali Amerika Syarikat.

Sebelum ini, kedua-dua model tersebut telah diharamkan untuk dijual di Amerika Syarikat berikutan isu pelanggaran paten. Apple telah menggunakan teknologi pulse oximeter yang telah dipatenkan oleh Masimo Corp pada Apple Watch Series 9 dan Watch Ultra.

Namun begitu, Apple dibenarkan menjual kembali kedua-dua model tersebut selepas Mahkamah Rayuan Washington DC mengeluarkan arahan penangguhan sementara bagi keputusan tersebut.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN