Close

Isu langgar paten – Apple Watch Series 9 dan Ultra 2 boleh dijual semula di Amerika Syarikat

Apple telahpun diharamkan untuk menjual Apple Watch Series 9 dan Ultra 2 di Amerika Syarikat selepas didapati bersalah melanggar paten teknologi yang dimilik oleh Masimo Corp. Terbaru, Mahkamah Rayuan Washington DC telahpun mengeluarkan arahan penangguhan sementara bagi keputusan tersebut.

Bermaksud, penjualan kedua-dua model iaitu Apple Watch Series 9 dan Ultra 2 boleh di sambung semula. Walaubagaimanapun, penangguhan ini adalah secara sementara dan ia bergantung kepada keputusan mahkamah.

Untuk mengelakkan Apple Watch Series 9 dan Ultra 2 terus diharamkan di Amerika Syarikat, Apple dijangka akan memberikan kemas kini yang akan memintas paten yang dimiliki oleh Masimo Corp.

Penangguhan ini diberikan selepas Apple mengemukan permohonan kecemasan kepada Mahkamah Rayuan Amerika Syarikat.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN