Close

Microsoft perkenalkan Copilot Pro – AI yang lebih berkuasa dengan harga langganan RM93 sebulan

Micorsoft memperkenalkan kecerdasan buatan baharu iaitu Copilot Pro yang menawarkan pelbagai peningkatan dan kelebihan yang lebih baik dan berkuasa berbanding versi percuma iaitu Copilot.

Copilot Pro menggunakan model AI yang terkini iaitu GPT-4 Turbo yang lebih berkuasa dan lebih pantas biarpun ketika pada waktu puncak. Copilot Pro, boleh diakses dan digunakan pada pelbagai peranti dan juga merentas sistem operasi.

Berbeza dengan versi percuma, Copilot Pro dilihat lebih memfokuskan kepada golongan profesional atau korporat yang memerlukan keupayaan AI dalam melaksanakan tugasan atau projek. Selain itu, keupayaan AI ini turut boleh digunakan pada perisian Microsoft Office seperti Word, Excel, PowerPoint, Outlook dan Microsoft 365.

Lebih menarik, pelanggan boleh membina chatbot sendiri untuk keperluan peribadi dengan menggunakan Copilot GPT Builder yang akan tersedia pada masa akan datang. Selain itu, pelanggan juga boleh memilih model AI yang ingin digunakan. Copilot Pro, boleh dilanggan pada harga sekitar $20 (RM93) untuk sebulan.

ARTIKEL BERKAITAN