Apple mungkin akan menggunakan konfiguarsi RAM yang lebih besar pada siri iPhone 16. Menariknya, konfigurasi RAM yang lebih besar ini akan turut digunakan pada semua model merangkumi iPhone 16 dan 16 Plus.
Menurut laporan, Apple akan menggunakan 8GB RAM pada semua model iPhone 16. Tidak seperti sebelum ini, konfigurasi RAM yang lebih besar hanya dimuatkan pada model Pro sahaja. Sekiranya laporan ini tepat, iPhone 16 dan 16 Plus akan mempunyai peningkatan ketara dari model sebelumnya. Dengan konfigurasi RAM yang lebih besar ia menawarkan pengalaman penggunaan yang lebih baik dari segi prestasi.
Selain itu, iPhone 16 dan 16 Plus dijangka akan turut dimuatkan dengan kemampuan sambungan WiFi yang lebih pantas melalui WiFi 6E. Teknologi tidak hanya menawarkan sambungan yang lebih pantas namun turut sokongan saluran yang lebih luas dan kependaman yang lebih rendah.