Acer Malaysia secara rasmi memperkenalkan komputer riba baru untuk pasaran tempatan melalui model Swift Go 14. Tampil dengan spesifikasi yang lebih baik dan fungsi menarik yang memfokuskan kepada golongan profesional dan pelajar.
Swift Go 14 dilengkapi dengan skrin LCD IPS bersaiz 14-inci dengan resolusi 2.2k. Turut menyokong paparan 60Hz dan boleh digunakan pada kedudukan 180 darjah. Dijana dengan dua pilihan cip pemprosesan iaitu Intel Core Ultra 5 dan Intel Core Ultra 7. Menggunakan konfigurasi 16GB RAM LPDDR5X dan storan dalaman 1TB PCIe Gen 4 SSD.
Dimuatkan dengan bateri 65Wh yang dipadankan dengan pengecasan pantas 100W. Acer menyatakan yang bateri ini mampu bertahan sehingga 12.5 jam penggunaan. Selain itu, ia turut menyokong AI terbina melalui Acer PurifiedView untuk panggilan video. Dari segi sambungan, ia menyokong 2x port USB-A, 2x port USB-C, slot mikroSD, WiFi 6E dan menjalankan Windwos 11 Home.
Di Malaysia, Acer Swift Go 14 dijual pada harga bermula RM3599 untuk Intel Core Ultra 5 (16GB + 512GB) dan RM4299 untuk Intel Core Ultra 7 (16GB + 1TB) . Bagi yang berminat, Swift Go 14