Close

Nintendo Switch 2 dijangka akan hadir dengan skrin lebih besar

Nintendo dijangka akan memperkenalkan konsol mudah alih mereka yang seterusnya pada tahun ini. Konsol tersebut berkemungkinan akan menggunakan nama Switch 2.

Menurut laporan, Switch 2 dijangka akan menggunakan saiz skrin yang lebih besar iaitu 8-inci berbanding model sebelumnya yang menggunakan skrin yang lebih kecil iaitu 6.2-inci. Namun begitu, skrin yang akan digunakan pada Switch 2 adalah dari jenis LCD bukannya OLED.

Switch 2 dilihat bakal menjadi pesaing kepada konsol mudah alih lain seperti Steam Deck, Asus ROG Ally, MSI Claw dan Lenovo Legion Go yang ditawarkan dengan skrin sekitar 7-inci hingga 8-inci.

Dengan menggunakan skrin yang lebih besar, Switch 2 diramalkan akan menerima permintaan yang lebih tinggi dari kebiasaan. Buat masa ini, tiada maklumat lanjut yang dikongsi mengenai konsol dari Nintendo ini. Kami menjangkakan lebih banyak maklumat yang akan didedahkan dari masa ke semasa.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN