Siri ASUS ROG Phone 8 secara rasmi tiba untuk pasaran tempatan. Tampil dengan pelbagai peningkatan dari segi spesifikasi, kemampuan kamera yang lebih baik dan menyokong penarafan IP68. Hadir dengan tiga pilihan varian iaitu ROG Phone 8, 8 Pro dan 8 Pro Edition.
Siri ROG Phone 8 hadir dengan rekaan yang lebih nipis dan ringan iaitu dengan 8.9mm dan berat hanya 225g. Menggunakan skrin LTPO AMOLED bersaiz 6.78-inci yang turut menyokong paparan 165Hz dan kecerahan puncak 2500 nits. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Gen 3 yang dipadankan dengan RAM LPDRR5X sehingga 24GB dan storan dalaman sehingga 1TB UFS 4.0.
Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP Sony IMX890 +13MP ultra lebar + 32MP telefoto. U Manakala swafoto, ia hadir dengan sensor sebesar 32MP. Menariknya, buat pertama kali ASUS menggunakan telefoto kamera. Namun. ia hanya tersedia pada ROG Phone 8 Pro dan 8 Pro Edition sahaja. Untuk ROG Phone 8, kamera ketiga adalah makro dengan sensor 5MP.
Dimuatkan dengan bateri 5500mAh yang menyokong pengecasan berwayar HyperCharge 65W dan tanpa wayar. Siri ROG Phone 8 turut menyokong penarafan IP68 dan AeroActive Cooler X kini 29% lebih kecil.
Selain itu, siri ROG Phone 8 turut menyokong kecerdasan buatan iaitu AI Grabber yang boleh digunakan untuk mengimbas dan menyalin teks dalam permainan. Melengkapkan peranti ini adalah paparan kedua iaitu AniMe Vision yang tersedia hanya untuk varian Pro manakala untuk ROG Phone 8 hanya dillengkapi dengan Aura RGB Lightning.
Di Malaysia, ROG Phone 8 dijual pada harga RM3999 untuk 12GB + 256GB, ROG Phone 8 Pro RM4799 untuk 16GB + 512GB dan ROG Phone 8 Pro Edition RM5999 untuk 24GB + 1TB. Bagi yang berminat, siri ROG Phone 8 boleh mula dibeli bermula hari ini iaitu 30 Januari 2024.