Rowan Atkinson atau lebih popular dikenali sebagai Mr.Bean dikatakan telah menjadi punca jualan EV di UK kurang bagus.
Ianya dikatakan berpunca dari artikel yang ditulis oleh Rowan Atkinson yang bertajuk “I love electric vehicles – and was an early adopter. But increasingly I feel Duped” yang diterbitkan oleh The Guardian.
Dalam artikel tersebut, beliau menyatakan yang EV tidak mempunyai jiwa dan bukan penyelesaian kepada masalah alam sekitar seperti yang didakwa. Kesan daripada itu, beliau telah dikritik oleh pengguna EV. Selain itu, The Guardian telah menerbitkan artikel dari Simon Evans bagi membalas serta menafikan kenyataan yang dibuat oleh Atkinson.
Thinktank Green Alliance dalam mesyuarat House of Lords UK menyalahkan Mr.Bean kerana merosakkan reputasi kenderaan elektrik (EV) seterusnya memberikan kesan kepada permintaan di UK. Dengan permintaan EV yang rendah ia telah merencatkan usaha kerajaan untuk menghentikan kereta petrol dan diesel sebelum 2035.
Buat yang tidak mengetahui, Rowan Atkinson mempunyai ijazah sarjana muda dalam kejuruteraan elektrik dari Universiti Newcastle dan Ijazah Sarjana Sains dalam bidang kejuruteraan elektrik dari The Queen’s College, Oxford.