Close

Huawei perkenalkan pengecas EV Ultrafast 600kW di China

Industri EV kini berkembang dengan pantas selepas Huawei memperkenalkan pengecas EV Ultrafast di China. Pengecas EV Ultrafast ini dikatakan mampu mengecas dua kali ganda lebih pantas daripada pengecas dari Tesla.

Pengecas EV Ultrafast dari Huawei ini telahpun tersedia di tempat letak kereta di sebuah pusat beli-belah di Shenzhen, China. Menariknya, terdapat tulisan 600kW pada pengecas tersebut yang diletakkan di bawah logo Huawei. Secara teorinya, pengecas 600kW ini mampu mengecas EV dengan bateri 80 kW/j hanya dalam masa 8 minit sahaja.

Pengecas EV Ultrafast tersebut dikendalikan oleh anak syarikat Huawei iaitu Huawei Digital Power. Menurut Liu Dawei dari Huawei Digital Power, mereka ingin memberikan pengalaman pengecasan 1 km sesaat sama seperti pengalaman mengisi minyak. Selain itu, Huawei turut menyatakan yang pengecasan mereka turut boleh digunakan pada semua EV termasuk Tesla.

Huawei Technologies dilaporkan merancang untuk memasang 100,000 stesen pengecas EV pantas di China pada tahun ini. Pada ketika ini, pengecasan 600kW adalah pengecasan paling tinggi yang ada di dunia. Sebagai perbandingan, Tesla Supercharge hanya menyokong pengecas pantas 250kW sahaja.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN