Close

Xiaomi 14 Pro tidak akan diperkenalkan untuk pasaran global

Xiaomi telahpun mengesahkan acara pelancaran untuk siri Xiaomi 14 pada 25 Februari ini di MWC. Namun begitu, terdapat perkara kurang menarik mengenai siri Xiaomi 14.

Menurut laporan, Xiaomi hanya akan memperkenalkan 2 varian sahaja untuk pasaran global iaitu Xiaomi 14 dan Xiaomi 14 Ultra sahaja. Bermaksud, Xiaomi 14 Pro tidak akan diperkenalkan untuk pasaran global dan hanya tersedia untuk pasaran China sahaja. Tidak dapat dipastikan mengapa Xiaomi 14 Pro tidak ditawarkan untuk pasaran global.

Selain penawaran model, harga jualan untuk Xiaomi 14 turut didedahkan iaitu bermula sekitar €1099 (RM5637) untuk 12GB + 512GB. Sebagai perbandingan, harga jualan untuk Xiaomi 13 adalah bermula sekitar €999 (RM5124) untuk 8GB + 256GB.

Xiaomi 14 dan Xiaomi 14 Pro telahpun diperkenalkan lebih awal di China pada Oktober tahun lalu. Merupakan peranti pertama yang dijana dengan cip Snapdragon 8 Gen 3 dengan sistem operasi baru HyperOS.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN