Close

WhatsApp teruskan ujian penggunaan ‘username’ untuk ganti nombor telefon

Seperti yang kita tahu, WhatsApp ketika ini menggunakan nombor telefon sebagai medium utama untuk mendaftar sebagai pengguna. Namun, perkara tersebut mungkin akan berubah pada masa akan datang.

Terbaru, WhatsApp dikatakan sedang meneruskan ujian untuk menggantikan nombor telefon kepada username. Fungsi ini akan membolehkan pengguna memilih nama pengguna iaitu username untuk digunakan pada profil seperti mana pada Telegram.

Selain itu, fungsi ini dilihat akan memberikan pengguna lebih banyak pilihan untuk menggunakan nombor telefon atau username sebagai medium utama pada WhatsApp. Walaubagaimanapun, fungsi ini masih lagi dalam fasa ujian. Tidak dapat dipastikan bilakah ia akan tersedia kepada pengguna.

ARTIKEL BERKAITAN