Close

Xiaomi 14 Ultra akan hadir dengan binaan Titanium

Xiaomi nampaknya tidak mahu ketinggalan untuk menggunakan binaan Titanium pada peranti mereka. Menurut laporan, Xiaomi 14 Ultra akan turut menggunakan binaan Titanium namun terhad pada model edisi khas sahaja.

Gambar : mysmartprice

Berdasarkan maklumat tersebut, Xiaomi 14 Ultra edisi khas Titanium akan ditawarkan dengan konfigurasi yang sama seperti versi biasa iaitu 16GB + 1TB namun dijual dengan harga lebih mahal iaitu sekitar CNY500 (RM332) berbanding versi bukan Titanium. Dari segi penawaran, tidak dapat dipastikan adakah edisi khas Titanium ini akan ditawarkan untuk semua pasaran atau pada pasaran terpilih sahaja.

Xiaomi 14 Ultra dijangka akan hadir dengan 3 pilihan konfigurasi iaitu 12GB + 256GB, 16GB + 512GB dan 16GB + 1TB. Untuk spesifikasi, ia mungkin hadir dengan skrin LTPO AMOLED bersaiz 6.73-inci, cip Snapdragon 8 Gen 3, kuad kamera belakang 50MP, bateri 5300mAh dan pengecasan pantas 90W.

Xiaomi 14 dan Xiaomi 14 Ultra akan diperkenalkan pada 25 Februari ini di MWC. Selain siri Xiaomi 14, Xiaomi dijangka akan turut memperkenalkan beberapa peranti lain pada acara tersebut.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN