Close

Meta Quest 3 ‘lebih bagus’ berbanding Apple Vision Pro – Mark Zuckerberg

CEO Meta iaitu Mark Zuckerberg menyatakan yang Quest 3 adalah lebih baik berbanding Apple Vision Pro. Pendapat tersebut dikongsi oleh Mark Zuckerberg melalui hantaran video di Instagram selepas mencuba sendiri Apple Vision Pro.

Menurut Mark Zuckerberg, terdapat beberapa sebab mengapa beliau menyatakan yang Quest 3 lebih baik berbanding Vision Pro. Antara sebab yang dinyatakan adalah harga jualan Quest 3 adalah 7 kali ganda lebih murah berbanding Vision Pro. Quest 3 juga adalah lebih ringan dan tiada sebarang wayar yang mengganggu pergerakan.

Selain itu, sudut pandangan Quest 3 juga lebih besar dan lebih cerah berbanding Vision Pro yang lebih kecil. Dari segi kawalan, Quest 3 turut menawarkan kawalan dan penjejakan tangan yang lebih cepat dan lebih tepat berbanding Vision Pro yang menggunakan penjejakan mata. Dari segi perisian, Quest 3 menyokong lebih banyak aplikasi termasuk YouTube dan boleh bermain Xbox.

Tidak dinafikan yang pendapat Mark Zuckerberg ada betulnya namun kedua-dua peranti mempuyai kelebihannya dan kekurangan yang tersendiri. Quest 3 mungkin boleh dikatakan sesuai untuk kegunaan yang pelbagai manakala Vision Pro pula adalah lebih sesuai untuk pengguna yang mempunyai ekosistem dari Apple.

ARTIKEL BERKAITAN