Close

Infinix HOT 40 Pro dan Hot 40i akan tiba di Malaysia pada 19 Februari ini

Infinix Malaysia secara rasmi telah menjadualkan acara pelancaran peranti baru mereka pada 19 Februari ini. Pada acara tersebut, Infinix akan memperkenalkan dua peranti baru iaitu HOT 40 Pro dan HOT 40i.

Untuk spesifikasi, HOT 40 Pro akan dilengkapi dengan skrin LCD bersaiz 6.78-inci dengan resolusi FHD+ serta turut menyokong paparan 120Hz. Dikuasakan dengan cip Helio G99 yang dipadankan dengan 8GB RAM dan storan dalaman 256GB.

Menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 108MP + 2MP dan swafoto 32MP. Bateri 5000mAh dimuatkan yang menyokong pengecasan pantas 33W. Peranti ini akan turut hadir dengan fungsi mirip seperti Dynamic Island yang dipanggil sebagai Magic Ring.

Untuk HOT 40i, ia hadir dengan skrin LCD bersaiz 6.56-inci dengan resolusi HD+ serta paparan 90Hz. Dikuasakan dengan cip Unisoc T606 yang digabungkan dengan 8GB RAM dan storan dalaman 256GB. Menggunakan kamera tunggal belakang dengan sensor 50MP dan swafoto 32MP. Bateri 5000mAh dimuatkan yang menyokong pengecasan 18W.

Buat masa ini, tiada maklumat mengenai harga jualan yang dikongsi oleh Infinix. Namun begitu, laman penjual tempatan iaitu DirectD telahpun menyenaraikan harga jualan untuk kedua-dua model iaitu RM699 untuk HOT 40 Pro dan RM549 untuk HOT 40i.

ARTIKEL BERKAITAN