Set kepala realiti pertama dari Apple iaitu Vision Pro dilaporkan telah dipulangkan semula oleh pembeli disebabkan oleh beberapa masalah.
Can’t wait to return the Vision Pro, probably the most mind blowing piece of tech I’ve ever tried.
— Rjey (@RjeyTech) February 14, 2024
Can’t deal with these headaches after 10 minutes of use though.
Menurut laporan, sejumlah pengguna Vision Pro bertindak memulangkan peranti tersebut kepada Apple berikutan polisi yang membenarkan ia dipulangkan dalam masa 14 hari selepas pembelian. Antara sebab utama pemulangan peranti tersebut adalah berkenaan keselesaan.
Beberapa pengguna melaporkan yang Vision Pro telah menyebabkan mereka menjadi sakit kepala biarpun hanya selepas 10 minit menggunakannya. Terdapat juga pengguna melaporkan mengalami masalah ketegangan mata dan juga motion sickness.
Two hours after unboxing my Apple Vision Pro and using it, I decided to box it back up again and return it. It's quite cool, but there's nothing in it for me that I'll use frequently enough to warrant my keeping it.
— Alexander Torrenegra (@torrenegra) February 13, 2024
Selain itu, Vision Pro juga dikatakan tidak menawarkan produktiviti yang setanding harga jualannya dan sukar untuk mengendalikan peranti tersebut. Sokongan aplikasi yang terhad juga menjadi salah satu sebab Vision Pro dipulangkan.
Tidak dinafikan yang Vision Pro hadir dengan pelbagai teknologi yang menarik namun masalah keselesaan dan sokongan aplikasi telah menjadikan ia kekurangan terbesar peranti ini.