Xiaomi secara rasmi mengesahkan yang siri Xiaomi 14 akan tiba ke pasaran global pada 25 Februari ini. Perkara tersebut dikongsi oleh CEO Xiaomi iaitu Lei Jun melalui platform X.
Pada acara tersebut, Xiaomi dijangka akan turut memperkenalkan model paling premium mereka iaitu Xiaomi 14 Ultra dan diikuti dengan model Xiaomi 14 dan 14 Pro.
Xiaomi 14 dan 14 Pro telahpun dilancarkan lebih awal di China. Merupakan peranti pertama dijana dengan cip Snapdragon 8 Gen 3 bersama dengan sistem operasi baharu HyperOS.
Xiaomi 14 hadir dengan skrin LTPO AMOLED bersaiz 6.36-inci dengan resolusi 1.5K. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Gen 3, 16GB RAM, storan dalaman 512GB, bateri 4610mAh, pengecasan pantas 90W berwayar dan 50W tanpa wayar.
Manakala untuk Xiaomi 14 Pro, hadir dengan skrin skrin LTPO AMOLED bersaiz 6.73-inci dengan resolusi 2K. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Gen 3, 16GB RAM, storan dalaman 512GB, bateri 4880mAh, pengecasan pantas 120W berwayar dan 50W tanpa wayar.
Dilengkapi dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP sebesar 1/1.31-inci + 50MP sudut lebar + 50MP telefoto. Keupayaan kamera ini dijana dengan teknologi kamera Leica Summilux baharu dan berkemampuan untuk mengubah apertur f/1.42 hingga f/4. Manakala untuk swafoto, ia hadir dengan sensor 32MP.