Close

iPhone 15 Pro dikatakan guna Titanium lebih mahal berbanding Galaxy S24 Ultra

Seperti yang kita tahu, Galaxy S24 Ultra dan iPhone 15 Pro menggunakan binaan bingkai dari Titanium. Binaan ini menjanjikan ketahanan yang lebih baik dan juga lebih ringan. Berikutan dari itu, JerryRigEverthing telah melakukan ujian untuk mengetahui kualiti Titanium yang digunakan.

Berdasarkan hasil ujian yang dilakukan, beliau menyatakan Titanium yang digunakan pada iPhone 15 Pro adalah lebih baik dan berkualiti dari Galaxy S24 Ultra. Menurutnya, Apple menggunakan Titanium Gred 5 manakala Samsung menggunakan Titanium Gred 2.

Titanium Gred 5 adalah lebih lasak dan lebih kuat berbanding Titanium Gred 2. Selain itu, kos titanium yang digunakan oleh Apple adalah lebih mahal iaitu sekitar $10 (RM47) hingga $15 (RM72) berbanding Samsung iaitu sekitra $3 (RM14) hingga $5 (RM23), tidak termasuk kos tambahan lain.

Selain harga dan kualiti, proses penghasilkan kedua-dua bingkai titanium juga dikatakan berbeza. Apple menggunakan proses penghasilan yang dipanggil sebagai solid-state diffusion berbanding Samsung menggunakan proses penghasilan overmolding.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN