Close

Nilai ringgit paling teruk sepanjang 26 tahun – 1USD bersamaan RM4.80

Nilai ringgit dilihat terus menunjukkan penurunan dan hampir mencapai paras terendah yang pernah direkodkan sebelum ini pada 1998 semasa krisis kewangan Asia melanda.

Menurut laporan, nilai ringgit kini hanya berbaki 2% untuk mencapai kadar 4.8850 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS). Sebagai perbandingan, semasa krisis kewangan Asia 1998, nilai ringgit mencatatkan penurunan kadar terburuk pada 4.88.

Sekiranya penurunan terus dicatatkan, ringgit bakal mencipta sejarah baru dan terburuk sepanjang masa. Terdapat jangkaan yang ringgit mungkin mencapai julat ringgit-per-dolar 4.82 hingga 4.85.

Menurut Ketua Penyelidikan Asia di Australia and New Zealand Banking Group (ANZ), Khoon Goh. Eksport Malaysia dilihat gagal untuk dipulihkan seperti mana negara Asia yang lain dan menjangkakan pertumbuhan ekonomi mungkin akan kekal lemah.

Kejatuhan ekonomi China dikatakan antara punca selepas merekodkan penurunan eksport sehingga bulan ke-10 berturut-turut pada Disember. Selain itu, kestabilan politik turut menjadi sebab selepas terdapat dakwaan cubaan untuk menjatuhkan kerajaan.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN