Close

Sony mungkin perkenal PlayStation 5 ‘Pro’ pada tahun ini

Selepas lebih 3 tahun PlayStation 5 di pasaran, ini mungkin waktu yang sesuai untuk Sony memperkenalkan versi kemas kini yang lebih berkuasa iaitu PlayStation 5 Pro (PS5 Pro).

Terbaru, Sony berkemungkinan akan memperkenalkan PlayStation 5 ‘Pro’ pada tahun ini. Menurut laporan, konsol ini akan tampil dengan pelbagai peningkatan yang menarik sekaligus akan menarik minat pengguna untuk membelinya.

Selain itu, pengenalan PS5 Pro dikatakan sebagai persediaan untuk permainan yang ditunggu-tunggu oleh peminat iaitu Grand Theft Auto 6 yang akan tiba pada tahun hadapan.

Pada ketika ini, kitaran untuk PlayStation 5 sudah berada di penghujungnya dan Sony menjangkakan akan berlaku penurunan jualan konsol tersebut pada masa akan datang. Sony juga cenderung untuk memperkenalkan versi Pro selepas 3 atau 4 tahun model semasa diperkenalkan. Berikutan itu, pengenalan PS5 Pro mungkin akan meningkatkan kembali jualan konsol dari Sony.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN