Close

Apple bagi amaran jangan letak iPhone terkena air dalam beras – Ini sebabnya…

Sudah menjadi kebiasaan atau kemestian apabila telefon yang terkena air diletakkan dalam bekas berisi beras untuk dikeringkan sebelum menggunakannya semula. Namun begitu, menurut pakar kaedah tersebut adalah mitos dan tidak berkesan sebaliknya melambatkan lagi proses pengeringan.

Berikutan dari itu, pihak Apple telah mengeluarkan amaran melarang pengguna untuk meletakkan iPhone yang terkena air di dalam bekas berisi beras. Menurut Apple, dengan meletakkan iPhone ke dalam beras ia mungkin akan menyebabkan beras termasuk pada bahagian yang tidak sepatutnya dan menyebabkan kerosakkan.

Apple juga tidak menyarankan pengguna untuk menggunakan alat pengering atau benda asing seperti kain atau kapas untuk mengeringkan iPhone yang terkena air.

Apple menyarankan pengguna untuk mengetuk atau menggoncangkan iPhone yang terkena air menggunakan tangan dalam keadaan port pengecasan ke bawah. Selain itu, tinggalkan iPhone di tempat kering dengan aliran udara sekurang-kurangnya 30 minit. Sekiranya langkah tersebut tidak berkesan pengguna disarankan untuk menghubungi Apple Support untuk tindakan selanjutnya.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN