Close

vivo Y100 5G akan tiba di Malaysia tidak lama lagi

vivo Malaysia akan memperkenalkan peranti baru untuk pasaran tempatan iaitu Y100 5G. Beberapa maklumat dan spesifikasi peranti ini telahpun dikongsi melalui laman web rasmi vivo Malaysia.

Y100 5G akan ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu Ungu dan Hitam. Kedua-dua pilihan warna ini tampil dengan kemasan yang berbeza dengan Ungu menggunakan kemasan jenis kulit manakala Hitam menggunakan kemasan jenis glossy. Menggunakan rekaan jenis rata pada skrin dan panel belakang serta terdapat modul kamera empat segi.

Untuk spesifkasi, Y100 5G akan dilengkapi dengan skrin AMOLED bersaiz 6.67-inci dengan paparan 120Hz. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 4 Gen 1 yang dipadankan dengan 8GB RAM dan storan dalaman 256GB. Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 8MP + Flicker dan swafoto 8MP. Bateri 5000mAh dimuatkan yang menyokong pengecasan 80W.

Walaubagaimanapun, harga jualan dan ketersediaan peranti ini masih lagi tidak didedahkan. Kami menjangkakan yang peranti ini mungkin akan diperkenalkan dalam masa terdekat.

ARTIKEL BERKAITAN