Close

Apple Vision Pro 2 mungkin tiba dalam 18 bulan lagi

Set kepala realiti pertama dari Apple iaitu Vision Pro telahpun tersedia di pasaran dan telah mencipta sensasi yang berbeza mengenainya. Namun begitu, sejumlah pengguna dilaporkan telah memulangkan semula peranti tersebut kerana beberapa masalah.

Terbaru, terdapat laporan menyatakan yang Apple mungkin akan memperkenalkan Vision Pro 2 dalam masa 18 bulan lagi. Vision Pro 2 dijangka akan tampil lebih baik dan menyelesaikan beberapa masalah yang dihadapi oleh pengguna seperti keselesaan, masalah berat, sokongan aplikasi yang terhad dan beberapa masalah lain.

Berikutan itu, kita mungkin boleh menjangkakan yang Vision Pro 2 mungkin akan diperkenalkan sekitar tahun 2025. Selain Vision Pro 2, Apple dijangka akan turut memperkenalkan Vision Pro versi mampu milik dalam usaha untuk meningkatkan lagi penggunaan peranti tersebut.

Pada ketika ini, Apple Vision Pro hanya ditawarkan untuk pasaran Amerika Syarikat sahaja dengan harga jualan bermula sekitar $3499 (RM16,776) sebuah.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN