Close

Shopee bakal naikkan kadar caj perkhidmatan bermula 1 Mac 2024

Bermula pada 1 Mac 2024, Shopee bakal menaikkan caj perkhidmatan di platform mereka. Kenaikkan caj tersebut disebabkan peningkatan cukai SST dari 6% kepada 8% yang telah diumumkan oleh Kerajaan pada 13 Oktober 2023.

Antara caj perkhidmatan yang menerima kenaikkan adalah seperti caj transaksi, caj komisyen, caj program dan pelbagai caj lain. Seiring dengan itu, Shopee turut berkongsi senarai penuh pecahan untuk pelbagai jenis caj yang menerima kenaikkan.

Selain Shoope, beberapa platform lain seperti TikTok Shop dan Google turut meningkatkan caj perkhidmatan mereka selari kenaikan cukai SST sebanyak 8%.

ARTIKEL BERKAITAN