Close

Trailer pertama GTA 6 dah keluar – Akan tiba pada 2025

Trailer pertama GTA 6 terpaksa dikeluarkan lebih awal oleh Rockstar Games selepas video tersebut tertiris. Sepatutnya, trailer pertama tersebut dikeluarkan pada 10 malam ini namun Rockstar games mengambil keputusan untuk mengeluarkan lebih awal dari yang dijadualkan.

Trailer pertama yang berdurasi 1 minit 31 saat itu memperlihatkan beberapa maklumat yang sama seperti yang dilaporkan pada beberapa tahun lalu. Permainan ini berlatarkan kepada Vice City dan dibintangi watak protagonis seorang perempuan dengan jalan cerita yang diinspirasikan oleh Bonnie dan Cylde.

Permainan ini berkisarkan kepada protagonis tunggal perempuan yang bernama Lucia. Selain jalan cerita dan watak, Rockstar turut mendedahkan yang permainan ini akan tiba pada 2025 dan akan tersedia pada konsol PS5 dan Xbox Series X/S.

ARTIKEL BERKAITAN