Inisiatif kerajaan melalui eMadani RM100 dilaporkan telah merekodkan lebih dari 7 juta permohonan pada hari pertama penebusannya biarpun menghadapi masalah teknikal pada peringkat awal pendaftaran.
Dalam masa yang sama, kerajaan turut mengingatkan yang permohonan dan penebusan eMadani RM100 boleh dilakukan dari 4 Disember 2023 hingga 20 Februari 2024. Jadi, rakyat masih mempunyai tempoh masa yang panjang untuk melakukan permohonan dan juga penebusan.
Terdapat 4 pilihan perkhidmatan e-Dompet yang boleh dipilih iaitu MAE, Setel, ShopeePay dan TNG eWallet. Setiap perkhidmatan e-Dompet turut menawarkan pelbagai baucar dan ganjaran tambahan sekiranya menebus melaluinya.
eMadani RM100 hanya tersedia kepada rakyat yang berpendapatan bawah RM100,000 setahun serta golongan B40 dan M40 yang berumur 21 tahun dan ke atas. Diberikan secara one-off kepada yang layak dengan proses permohonan mengambil masa 1 hari hingga 5 hari dari tarikh permohonan. Hanya boleh dibelanjakan secara fizikal bukan secara atas talian dan perlu dibelanjakan sebelum 29 Februari 2024.