Close

Tesla Cybertruck ada kelebihan kalis peluru dan cermin kalis batu

Tesla Cybertruck telahpun boleh mula ditempah di AS dengan harga bermula $60,990 (RM284K). Malah, Tesla Malaysia juga turut telah kongsikan info tentang Cybertruck di laman sesawang rasmi mereka.

Seperti dijangka, Cybertruck hadir dengan rekaan yang unik dan seolah-olah berkotak. Berbeza masa awal perkenalan pada tahun 2019, kali ni nampak lebih lengkap dengan cermin sisi dan pengelap cermin (wiper) dengan saiz yang sangat besar.

Tesla mendedahkan bahawa Cybertruck tiada sebarang warna cat dan menggunakan panel badan jenis 301 Stainless Steel Alloy yang kalis peluru jenis 9mm. Namun, Tesla tidak mendedahkan sebarang pengesahan ketahanan yang digunakan.

Dalam perkongsian di X, terdapat video yang menunjukkan individu cuba untuk menendang panel badan Cybertruck. Tapi tidak berjaya untuk merosakkan atau kemekkan bahagian tersebut. Malah, tiada kesan calar atau cat rosak. Berbeza dengan kereta biasa yang guna warna cat.

Selain itu juga, Elon Musk turut mengatakan bahawa Cybertruck turut dilengkapi dengan cermin jenis kalis batu.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN