Close

WhatsApp kini hadir dengan beberapa ciri baru – Pelekat video dan emoji animasi

WhatsApp kini hadir dengan lebih banyak ciri baru untuk menjadikan pengalaman penggunaan lebih baik dan menarik.

Antara ciri menarik yang diperkenalkan adalah sokongan emoji animasi, yang mana emoji yang dihantar akan bergerak secara automatik sekaligus memberikan reaksi emosi yang lebih jelas. Pengguna juga boleh menghasilkan pelekat animasi dengan cara menukar video kepada pelekat bergerak. Pelekat avatar sosial turut dibawakan, membolehkan pengguna berinteraksi dengan kenalan yang turut mempunyai avatar sendiri yang disimpan sebagai kenalan.

Mencipta kumpulan kini lebih mudah, pengguna kini boleh mencipta kumpulan tanpa perlu menambah ahli secara terus. Ahli kumpulan boleh ditambah kemudian melalui jemput pautan. Perkongsian gambar atau video kini lebih menarik, pengguna kini boleh menghantar berbilang gambar atau video sekaligus dan menambah satu kapsyen pada semua perkongsian tersebut. Penerima boleh memberikan reaksi kepada satu atau keseluruhan perkongsian.

WhatsApp turut membawakan perubahan pada tab calls yang kini disusun dengan lebih teratur dan mudah untuk pengguna mengakses panggilan dan mengurus sejarah panggilan. Terdapat juga 6 filter baru yang dibawakan pada panggilan video untuk menjadikan visual lebih menarik.

Status dan saluran juga menerima ciri baru. Untuk saluran, admin kini boleh membuat undian bergambar dengan setiap pilihan akan mempunyai imej tersendiri. Untuk status pula, pengguna kini boleh menandakan kegemaran pada status yang dimuat naik untuk semakan akan datang.

Akhir sekali, ciri mention atau tag kini turut boleh diguna pakai untuk kumpulan. Bermaksud, ahli kumpulan akan menerima notifikasi dan boleh kongsikan semula status yang menggunakan mention atau tag.

Ciri ini akan tersedia pada peranti Android dan juga iOS. Walau bagaimanapun, ciri ini akan tersedia secara berperingkat melalui kemas kini akan datang.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN