Tidak dinafikan, dalam dunia digital hari ini kita mempunyai banyak akaun seperti media sosial, perbankan, e-mel dan lain-lain. Masalah utama bila mempunyai banyak akaun adalah kita sering terlupa kata laluan atau password.
Berikutan dari itu, kami ingin berkongsi cara mudah untuk dapatkan password yang terlupa melalui fungsi Google Password Manager.

- Pergi ke ‘Settings’ dan pilih ‘Google’
- Pilih ‘All Services’, kemudian pilih ‘Autofill with Google’
- Seterusnya, pilih ‘Google Password Manager’

Pada bahagian Google Password Manager, ia akan menyimpan semua password yang pernah anda gunakan untuk melakukan log masuk. Walau bagaimanapun, harus diingatkan cara ini hanya boleh digunakan sekiranya anda menggunakan atau mengaktifkan Autofill with Google semasa melakukan log masuk. Sekiranya tidak, ia tidak akan menyimpan password.

Buat yang tidak mengetahui, Google Password Manager adalah fungsi yang disediakan oleh Google untuk menyimpan, mengurus dan menjana kata laluan secara automatik bagi akaun-akaun yang anda log masuk melalui peranti atau pelayar Chrome.