Pada ketika ini, kebanyakkan penyedia perkhidmatan telekomunikasi sedia untuk menawarkan eSIM sebagai pengganti kepada SIM fizikal. Buat yang tidak mengetahui, ‘eSIM’ adalah singkatan kepada ’embedded SIM’.
Melaluinya, pengguna tidak lagi perlu menggunakan SIM Fizikal untuk mengakses rangkaian, menerima atau membuat panggilan dan juga SMS. Namun begitu, tidak semua peranti menyokong eSIM kerana ia memerlukan perkakasan khas atau cip yang dimuatkan pada peranti.
Cara aktifkan eSIM pada Android :
- 1- Pergi ke Settings dan pilih Mobile Network.
- 2- Pada bahagian Mobile Network pilih ‘eSIM’.
- 3- Seterusnya, tekan turn on dan pilih ‘Add eSIM’.
- 4- Kemudian, pilih Set up an eSIM atau Transfer a SIM from another device.
- 5- Ikut arahan pada skrin sehingga proses selesai.
Langkah atau cara untuk mengaktifkan eSIM mungkin berbeza bergantung kepada model dan juga pengeluar. Untuk proses ini, kami menggunakan peranti OPPO.
Cara aktifkan eSIM pada iPhone :
- 1- Pergi ke Settings dan pilih Mobile Service.
- 2- Pilih ‘Set Up Mobile Service.
- 3- Seterusnya, pilih Transfer From Nearby iPhone atau Use QR Code.
- 5- Ikut arahan pada skrin sehingga proses selesai.
Langkah atau cara untuk mengaktifkan eSIM ini mungkin berbeza. Untuk proses ini, kami menggunakan iPhone 12 Pro Max.