Close

Perodua dedah rekaan EMO-II – Myvi versi elektrik?

Perodua melalui YouTube rasmi mereka telah mendedahkan rekaan awal kenderaan elektrik (EV) yang dipanggil sebagai Perodua EMO-II.

Video yang bertajuk “Perodua EMO-II: A Sneak Peek Into the Future of Mobility” dengan durasi 30 saat itu telah mendedahkan rekaan atau gambaran awal mengenai EV tersebut. EV pertama dari Perodua ini dijangka tampil dengan rekaan yang sporty dan juga berkotak.

EMO-II dijangka akan membuat kemunculan di Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur 2024 (KLIMS 2024). Acara ini akan berlangsung dari 5 hingga 11 Disember 2024 di di MITEC, KL.

Sebelum ini, Perodua telahpun memperlihatkan prototaip EMO-I di acara Malaysia Autoshow 2024. Prototaip tersebut dibina dengan menggunakan model Myvi dengan proses pembangunan telah dimulakan sejak September 2022. Melibatkan 3 universiti tempatan iaitu Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Universiti Kuala Lumpur dan Universiti Putra Malaysia (UPM).

Dari segi spesifikasi, EMO-1 dikuasakan dengan 3 Phase Permanent Magnet Synchronous Motor yang mampu menghasilkan 120 kW dan 315 Nm. Dimuatkan dengan bateri 57 kWh dengan jarak gerak disasarkan sekitar 400 km.

Harga jualan untuk EV pertama dari Perodua ini dijangka tidak melebihi RM100K dan tidak kurang daripada RM50K.

ARTIKEL BERKAITAN