iQOO secara rasmi berkongsi tarikh pelancaran untuk iQOO 13 di Malaysia iaitu pada 4 Disember ini.
Seiring dengan perkongsian tersebut, iQOO turut mengumumkan pra-tempahan untuk peranti tersebut bermula dari 4 hingga 6 Disember 2024. Setiap pra-tempahan akan menerima hadiah percuma bernilai RM1410 merangkumi TWS IQOO 1e dan jaminan IQOO Shield Plus sehingga 3 tahun. Selain itu, terdapat juga diskaun sebanyak 30% untuk pembelian atas pembelian bagi Vivo Watch 3.
Dari segi spesifikasi, iQOO 13 hadir dengan skrin AMOLED LTPO bersaiz 6.82-inci dengan paparan 144Hz. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Elite yang dipadankan dengan RAM sehingga 16GB dan storan dalaman sehingga 1TB.
Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP Sony IMX921 + 50MP Ultra Lebar Samsung S5KJN1 + 50MP Telefoto Sony IMX816. Untuk swafoto, ia hadir dengan sensor sebesar 32MP. Dimuatkan dengan bateri 6150mAh yang menyokong pengecasan pantas 120W.