Seperti yang kita tahu, Nothing tidak akan memperkenalkan peranti baru pada tahun ini. Nothing hanya akan memperkenalkan peranti baru pada tahun depan iaitu 2025.
Terbaru, menurut laporan Nothing dijangka akan memperkenalkan 3 model baru pada 2025. Model yang dijangka akan diperkenalkan adalah Nothing Phone (3), Phone (3a) dan model paling premium iaitu Phone (3) Pro.
Ketiga-tiga model ini mungkin akan tiba sebelum pertengahan tahun 2025 berikutan ia kini telahpun berada dalam fasa pembangunan. Selain itu, Nothing akan turut menawarkan pelbagai fungsi yang dijana dengan AI.
Sebelum ini, Phone (3) telah dikesan di Geekbench. Peranti tersebut menggunakan kod model A059 dan dikuasakan dengan cip kelas pertengahan iaitu Snapdragon 7s Gen 3. Phone (3) dijangka akan menjadi pengganti kepada Phone (1) bukannya Phone (2).